Search This Blog

Powered By Blogger

datang melawat

Rakan Blogger

About Me

My photo
kangar, perlis, Malaysia
Assalamualaikum... terima kasih pada yang sudi datang menjenguk blog saya... Nama sebenar Nor Asmah Binti Hussin... Nama Blogger saya Hang Li Po... Kenapa Hang Li Po??? hehe sebab saya Sepet... tapi sepenuhnya melayu ok.... Anak kepada En Hussin Dan Puan Maznah... Isteri kepada En NorHafifi Bin Abdul Muthalib... Ummi Kepada Muhammad Aiman Hakim dan Afrina Zara Batrisyia.... Kakak Kepada Amirah dan Afiqah Najihah.... penulisan adalah minat saya... sebarang pertanyaan bolehlah email kepada saya norasmah2787@gmail.com.... sekian terima kasih

Tuesday, March 9, 2010

All About " C.I.N.T.A "

hai semua...;-)
kali nie li po nk kongsikan ngn korag semua kata-kata tentang cinta yg li po cari dari pelbagai cara dan orang perseorangan...moga-moga dengan madah ini semua akn mnjadi panduan kepada anda semua dalam melayari bahtera cinta...;-)


..mengapa cinta menjadi tragedi...
Bak musafir, datangnya tak dijemput,perginya tak dihantar,wujudnya tanpa sedar, hilang tak direlakan, itulah cinta pada kita...
( From Mr. F , 00:12 am , 09/02/2010)

Cinta adalah suatu janji atau hutang bagi orang yang telah menjanjikan keindahan cinta kepada kekasih yang dicintai jadi janganlah kau berjanji atas nama cinta jika belum tentu kau akan melunasinya kerana itu suatu hutang cinta untukmu.


Cinta itu adalah kata hati, jika ianya ada peranan dalam hidup ini.
Cinta itu selalu indah untuk dilihat, di rasa dan dilaksanakan.
Untuk itu jagalah cinta agar tetap ada dan harum selalu.


Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar ia lari, bila ditunggu ia menanti..
Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin, walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai..
Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita
tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya.


Andai kita menyinta, jangan dipuja cinta itu seperti bunga
Kerana bunga akan layu bila akhir musimnya
Biarlah cinta itu seperti sungai yang mengalir
kerana ianya akan mengalir buat selamanya.
Cinta seringkali akan lari bila kita mencari
tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.

Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini
pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan datang.

Dalam kitaran cinta, ada yang berjaya hingga ke jenjang pelamin
Tidak kurang juga ada yang gagal, Dalam hal ini kita perlu menilai semula diri sendiri
Cinta tidak akan datang sekiranya kita gagal mencintai Allah s.w.t.

cinta itu takkan datang kalau tak dicari, dan takkan dapat kalau tak memberi
seandainya kita diberi peluang untuk menyintai seseorang
lakukanlah dengan sesungguhnya dan sepenuh hati.

hargai bila berdua
sayangi bila bersama
maafkan bila terluka
rindui bila berjauhan
fahami bila keliru
nasihati bila terleka
ingati bila sunyi.. ini lah perasaan.
cinta tidak mungkin menemukan kebahagiaan jika hanya seorang saja kekasih yang setia dan seorang lagi curang

Andainya dikau jodohku yang tertulis di loh mahfuz
Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih sayang dalam hatiku, jua hatimu.

Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepada mu.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.
Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapan mu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembus kan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.
Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai mu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.
Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok.
Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.
Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.
Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.
Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta.


CINTA bukan mengajar kita lemah.. tetapi membangkitkan kekuatan..
CINTA bukan mengajar kita menghina diri.. tetapi menghembuskan kegagahan...
CINTA bukan melemahkan semangat... tetapi membakar & menguatkan semangat...

dari seraut wajah mencerminkan sebuah kesetiaan...
dari seukir senyuman mencerminkan kejujuran...
dari sekeping hati mencerminkan keihklasan...
dan dari sebuah angan-angan...tercapai sebuah impian...

Kebekuan airmata kerana kerasnya hati... kerasnya hati kerana banyaknya dosa... banyaknya dosa kerana lupakan mati... lupakan mati kerana banyaknya angan-angan... banyaknya angan-angan kerana terlalu cintakan dunia cintakan dunia itu sumber segala dosa!!

pastikanlah dulu sesuatu yang engkau ragui... pastikanlah ia dari iman dalam hati dan bukan dari nafsu yang terburu2... dan bukan juga dari suatu matlamat yang tiada hala tuju jadikan pengalaman lalu suatu pengajaran...

janganlah sekali-kali mempermainkan perasaan insan... kerana hati yang terluka terlalu sukar untuk disembuhkan.


Renungi apa yang tersurat. Fahamilah apa yang tersirat....
Jika insan diasuh dengan keangkuhan, dia belajar erti takbur.
Jika insan diasuh dengan kelemahan, dia belajar erti hina dirinya sendiri.
Jika insan diasuh dengan erti permusuhan, dia belajar erti membenci.
Jika insan diasuh dengan sikap pentingkan diri sendiri, dia belajar erti mengkhianati......
namun....
Jika insan diasuh dengan insani, dia belajar erti hargai.
Jika insan diasuh dengan belas budi, dia belajar erti mengasihani.
Jika insan diasuh dengan kepayahan, dia belajar erti mensyukuri.
Jika insan diasuh dengan bertimbang rasa, dia belajar erti bersabar....


'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH
SESAT'
Tak guna Ada MATA kalau tak dapat
MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau
MENILAI.......


"Kesusahan dan kesukaran tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit & menyakitkan itu bukan semuanya racun.
Tetapi ada kalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

MARAH adalah kunci segala keburukan
MARAH menjadi keburukan yang sangat parah, apabila dilepaskan kepada orang lain
Meski pun MARAH jangan berbuat dosa
Orang yang MARAH membuka mulutnya tetapi menutup matanya
Orang yang MARAH selalu menyimpan racun dalam hatinya
KEMARAHAN itu bagai api yang meniup pada lampu dalam fikiran
KEMARAHAN yang tidak dikekang, sering lebih menyakitkan bagi kita daripada perbuatan yang menimbulkan kemarahan itu


Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..... ..


Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...


===DUSTA DALAM BERCINTA===
Barang siapa mengaku EMPAT perkara tanpa disertai dengan EMPAT perkara yang lain, maka dia adalah PENDUSTA,,,Barangsiapa mengaku CINTA SYURGA tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia PENDUSTA,,,Barangsiapa mengaku CINTAKAN MUHAMMAD tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah PENDUSTA,,,Barangsiapa mengaku TAKUTKAN NERAKA tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah PENDUSTA,,,Barangsiapa yang mengaku CINTA ALLAH tetapi keluh-kesah dengan ujian-Nya, maka dia adalah PENDUSTA


sweet, hang li po
1.32 am 10/03/2010
kala malam melabuhkan tirai...

Pencari cinta sejati....

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain,
dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

SeseoraNg yaNg meNciNtaimu...akaN rela
melepaskaN mu pergi bila bersamaNya kamu tidak
bahagia...daN ia akaN ikut bahagia walau kamu
yaNg diciNtaiNya bahagia bersama oraNg lain



Cinta itu seumpama serangkai mutiara... kadang-kadang ia putus dan kita perlu mengarangnya sekali lagi. Kadang-kadang ia hilang, lalu kita harus mencarinya semula... tetapi kadang-kadang kita tidak mungkin menemuinya lagi; walau di mana-mana pun dan walau sampai bila-bila pun. Atau mungkin tiba-tiba kita telah menemui mutiara yang lain pula? Lalu perlukah kita karangkan semula cinta baru itu di tangkai hati kita?
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat supaya kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu..

- Cinta yang hakiki adalah cinta kepada ALLAH -
-Kepada pencari cinta sejati, bangkitlah membaiki peribadi, ubatilah hati, keluarlah dari kitaran sengsara yg membelenggu diri, moga cinta hakiki akan kau miliki-


sweet, hang li po..(" ,)
10/03/2010, 1.14 am
home

Thursday, March 4, 2010

selamat hari jumaat

hai semua... bertepu kembali pada pagi jumaat yg indah ini... aduhai penatnya keja ari ni... pagi2 dh sibuk..huhu apapun li po lakukan amanah ini dengan ikhlas hati... ;-) sekarang ni li po agak sibuk ckit ngn stdy untuk midterm mnggu ke3 march nnt... tp dalam masa yg sama juga li po sibuk mengedit sebuah diary usang milik arwah kakak... insyaallah bila dh siap edit nnt li po akan coretkan dlm blog li po ni... untuk edit diary tu li po perlukan kekuatan dri segi mental dan perasaan li po sendiri... sebenarnya dh lama lipo jumpa diary tu tp lum smpat nk mentelaah dengan penuh perasaan... so kepada yg cuti esok selamat berhujung minggu dan hepy2 selalu... hadapilah kehidupan yg seketika ini dengan penuh manfaat... sehingga bertemu kembali... salam... daa...


sweet, hang li po ( TNY a.k.a late sis )
12.39 05032010
syg korang semua...
skd..

Monday, March 1, 2010

Monolog Seorang Gadis





Musim berjalan tak terasa berlalu beberapa bulan dulu,

Perpisahan yang terucap dari bibirmu,

Waktu berganti ku melangkah sendiri lewati hari,

Bayang dirimu melekat selalu disini..


Ada apa dengan CINTA? Perkara itu sering bermain diminda ini.. tanyalah pada hati masing-masing apalah erti janji setia andai sekadar ungkapan dibibir semata.. apalah erti rindu bayangan andai bersama hanya sementara sahaja.. mungkin bagi sesetengah pihak hal ini dipandang remeh namun bagi saya sebagai individu yang sering diuji dengan permainan cinta oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, ini adalah hal serius dan perlu kuat untuk menghadapinya.. adakah saya yang harus dipersalahkan jika perpisahan yang terjadi.. susahkan untuk menerima diri ini seadanya?? Atau mereka mengangap diri mereka sangat sempurna dalam segala hal?? Cerminlah diri sendiri dahulu sebelum berkata perihal orang lain.. saya juga manusia bukan objek untuk diperalatkan..


Selagi ada waktu, Selagi ada rindu,

Biar beribu batu, Ingin aku bertemu,

Oh kasih.. damailah engkau disana,

Ku berdoa pada tuhan agar kau bahagia..


Pernahkah anda mendapat pangilan serta SMS dari seseorang yang tak dikenali tapi dia sangat mengenali diri anda?? Apakah perasaan anda ketika itu?? Takut, keliru, teruja atau perasaan itu tak dapat digambarkan secara lisan?? Terdapat pelbagai interpritasi yang tak terungkap tapi detak hati ini menyatakan saya seperti sangat mengenali pengirim tersebut.. bunga, surat, kad ucapan serta hadiah yang selalu dibaginya.. kadangkala saya merasakan ada seseorang yang mengekori dan memerhati ketika saya sedang berjalan-jalan.. kadangkala saya seolah-olah terbau ‘perfume’ yang seringkali saya hidu suatu ketika dulu.. tapi siapakah beliau?? Adakah tekaan saya ini tepat atau mungkin saya sama sekali tidak mengenali ‘beliau’ yang sedang memburu saya dalam senyap ini..


Rumit sungguh perjalanan hidup ini.. namun tiada istilah putus asa, putus harapan mahupun patah semangat yang bakal saya ungkapkan kerana saya yakin pada diri mampu untuk mengharungi perjalanan yang sangat getir ini.. akan saya anggap segala yang terjadi pada masa lalu sebagai pengalaman dalam mendewasakan diri ini.. Ya ALLAH, Ya tuhanku.. permudahkanlah perjalanan hambamu ini.. semoga ketenangan menemani diri ini dalam meniti pencarian kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat..


Seringkali hati ini tertanya, perasaan apakah yang telah wujud dihati ini?? Adakah ini yang dinamakan jatuh cinta??


Aku jatuh cinta kepada dirinya,

Sungguh-sungguh cinta oh apa adanya,

Tak pernah kuragu namun selalu menunggu,

Sungguh aku jatuh cinta kepadanya..


Saya seorang gadis yang pemalu dan agresif pada saat-saat tertentu.. jadi apakah saya mampu melakukannya.. Walau di zaman moden ini, masih wujudkah pepatah melayu kuno, ‘takkan perigi nak cari timba’.. adakah saya perlu mengungkapkan kepada dirinya tentang perasaan dan isi hati ini?? Perlukah dia tahu apa yang saya rasa selama ini?? Adakah saya berani untuk menerima kenyataan seandainya cinta ini bertepuk sebelah tangan?? Salahkah saya jika ingin jujur pada dirinya.. saya tak ingin menyimpan perasaan ini lebih lama lagi.. walaupun kami tak mungkin dapat bersama namun saya ingin cuba untuk memberitahu dirinya tentang itu..

sweet, hang li po
01 march 2010, 5.58 pm
suatu petang yang sepi...
otw dr KL.

Lelaki idaman saya adalah…

Lelaki idaman saya adalah…


Seorang lelaki yang beriman…

Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah…

Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…

Yang sentiasa haus dengan ilmu…

Yang sentiasa dahaga akan pahala…

Yang solatnya adalah maruah dirinya…

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…

Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…


Lelaki idaman saya adalah…


Lelaki yang menjaga tuturkatanya…

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…

Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…


Lelaki idaman saya adalah…


Lelaki yang menghormati ibunya…

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…

Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…

Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…


Lelaki idaman saya…


Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…

Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…

Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…

Yang menjaga matanya dari berbelanja…

Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…


Lelaki idaman saya…


Tidak pernah membazirkan masa…

Matanya kepenatan kerana penat membaca…

Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…

Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…

Bangunnya subuh penuh kecergasan…

Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…


Lelaki idaman saya…


Sentiasa mengingati mati…

Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…

Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…


Lelaki idaman saya adalah…


Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…

Kerana dia mengimpikan syurga…

Di situlah rumah idamannya…

Dan dia ingin membawa saya bersama…


Dialah lelaki idaman saya…

sweet, hang li po
5.44 01 march 2010
otw dr kl

Usia My Life

Daisypath Friendship tickers

Saat Cinta Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Aiman Hakim

Daisypath Happy Birthday tickers

Afrina Zara Batrisyia

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers