Search This Blog

Powered By Blogger

datang melawat

Rakan Blogger

About Me

My photo
kangar, perlis, Malaysia
Assalamualaikum... terima kasih pada yang sudi datang menjenguk blog saya... Nama sebenar Nor Asmah Binti Hussin... Nama Blogger saya Hang Li Po... Kenapa Hang Li Po??? hehe sebab saya Sepet... tapi sepenuhnya melayu ok.... Anak kepada En Hussin Dan Puan Maznah... Isteri kepada En NorHafifi Bin Abdul Muthalib... Ummi Kepada Muhammad Aiman Hakim dan Afrina Zara Batrisyia.... Kakak Kepada Amirah dan Afiqah Najihah.... penulisan adalah minat saya... sebarang pertanyaan bolehlah email kepada saya norasmah2787@gmail.com.... sekian terima kasih

Wednesday, June 8, 2011

HITAM PUTIH KEHIDUPAN...


aSSAlamualaikum w.b.t selamat petang semua...
bagi yang belum solat asar, 
cepat-cepat la tunaikan perintahnya dengan
 hati yang ikhlas keranaNya serta hati yang khusyuk...
Sesungguhnya apa yang kita miliki hari ini adalah pinjaman saja...

@@@
kehidupan kita ini penuh dengan warna warni...
kadang kala manis dan kadang kala terlalu pahit untuk dilalui...
itulah dinamakan HITAM PUTIH KEHIDUPAN...


sekian dulu untuk kali ini...
Li po mohon ampun dan maaf andai ini adalah n3 yg trakhir dari Lipo...
sesungguhnya kehidupan yang penuh warna warni hanyalah sementara....

bye2!

Thursday, June 2, 2011

lagi 2 bulan Ramadhan akan tiba... Insyaallah...


Assalamualaikum w.b.t... selamat petang semua....
Alhamdullillah... Li Po Syukur sangat-sangat sebab masih lagi 
berkesempatan merasai Bulan Rejab yang penuh Barakah ni...
Oleh Hal demekian Li po disini ingin ingatkan diri Li po dan anda semua untuk sama-sama 
berpuasa sunat n sama-sama ganti Puasa Ramdhan tahun lepas yg msih tertangguh...
Alhamdullillah Li po Sudah habis ganti Puasa Taun lepas....
so buat anda yang masih berhutang Puasa... 
cepat-cepat lah bayar hutang puasa anda..
moga Allah memberkati segala hal yang kita lakukan sepanjang rejab ini...
Amin...

***


KELEBIHAN BULAN REJAB


Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa
empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan
dua sayap, terbang seperti kilat di atas
 Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti
mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya
dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah),
diampunkan dosa orang-orang yang meminta
ampun dan bertaubat kepada Allah.
Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan
Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari
sekurang-kurangnya sebiji roti.
Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar,
 dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu
ruma jasadnya seribu kebajikan,
 diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab
dan sedekahnya pada bulan Rejab
seperti ibadat seribu Haji dan Umrah.
 Dibina mahligai seribu bilik dan seribu
 bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.
Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada
 bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api
neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.
Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi,
yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap
malam Rejab meminta ampun oleh
mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!
 Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada
Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab,
Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah o
lehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan
kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu.
 Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah
 kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa
enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai
 dengan sedekah seperti puasa seribu tahun,
kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan,
kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab
dikurniakan Allah kepadanya Mahligai
yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab
dan beribadat pada malamnya(berjaga),
seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar
tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika
keluar nyawanya daripada jasadnya,
70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika
 terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik
ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan).
 (Rahmat, pemurah, kebajikan).
Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya,
kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya
 yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan
bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.




*** 
sekian dulu untuk dikongsi bersama..
bye

Tuesday, May 24, 2011

ERTI PERSAHABATAN

Assalamualaikum w.b.t... selamat petang semua... 
maaflah ini adalah kali ke 2 post tentang sahabat..
apa pun baca n fahamilah...
nanti Li po akan cerita semua disebalik post2 brkaitan sahabat ni ya...

@@@

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah... terima kasih padamu sahabatku..maafkanlah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..

tinta buat seorang teman

Assalamualaikum w.b.t... selamat petang semua...

moga ada insan yang memahami pesanan ini...

pesanan buat seorang teman..agar anda berjaya menemui seorang sahabat..

" aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku, untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati, yang tidak luntur baiknya, dalam suka dan duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya" - imam syafie-

kata2 diatas telah betul2 menyentuh hatiku..lantas mengingatkan aku tentang seorang temanku yg amat aku kasihi.. disini.. tintaku buat temanku itu……..

aku menyayangimu sebagai seorang teman..kawan..dan sahabat.. dirimu sentiasa ada dihatiku..pernah ku katakan barang sesiapa sahaja yang berjaya mengisi ruang hidupku..tidak kiralah dari apa cara sekalipun..akan ku anggap dia teman ku..

untuk kau wahai temanku..kau berada seiringan dengan teman-temanku yang lain..yang amat aku hargai dan kasihi..sesungguhnya betapa kau tahu aku amat menyayangi mereka..tidakku sanggup menimbulkan walau segaris luka dihati mereka..termasuk kau temanku.. namun.. kau masih menjadi misteri.. izinkan aku mengenalimu, kerana aku tidak tahu siapa engkau sebenarnya..izinkan aku membantumu waktu dukamu, paling tidak aku akan berusaha menenteramkanmu..walaupun dengan seulas bicara.. benarkan aku berkongsi lukamu, sebagaimana aku telah membenarkan engkau menyelami isi hatiku.. kerana aku tahu ade sesuatu yang engkau cuba selindingi dari pengetahuan dunia.. berikan aku sepenuh kepercayaan mu..kerana engkau tahu aku amat mempercayaimu.. engkau pernah bertanya..bagaimana caranya untuk mendapat sahabat sejati.. inilah caranya..rendahkan egomu..senangi dirimu..yakinlah dengan kejujuran insan disekelilingmu..pasti kau akan menemui sesuatu pertalian yang amat indah..pertalian yang hanya bersandarkan kepada kejujuran dan kesetiaan..serta kasih sayang mendalam dari seorang teman…. kerana kau perlu tahu.. tiada yang lebih bermakna bagi seorang sahabat.. melainkan hanya menginginkan yang terbaik untuk sahabatnya itu..tiada dendam..tiada luka…

hanya kerana kau sahabatku..

Monday, April 4, 2011

Cinta

Assalamualaikum w.b.t...

untuk dikongsi dan difahami bersama.. :)

Cinta itu cahaya yang menyinari kehidupan. 
Hidup menjadi suram jika orang yang
 kita cintai tidak turut sama menikmatinya.  
Memburu cinta memang baik, 
tapi cinta yang datang tanpa 
diburu adalah lebih baik. ~ Shakepeare
Cinta itu kehidupan kedua; 
ia tumbuh dan membesar di dalam jiwa, 
menghangatkan urat saraf dan 
bergatar pada setiap denyutan nadi. Joseph Addison

Cinta itu kunci yang membuka setiap
 kamar hati seorang lelaki. ~ J.H. Evans
Rahsia untuk dicintai ialah dengan 
menjadi pencinta, dan rahsia 
untuk menjadi pencinta ialah 
dengan menjadi orang yang tidak 
mementingkan diri sendiri.  ~ J.G. Holland
Cinta bukan sesuatu untuk diperdebatkan, 
diberikan alasan dan tawar menawar. 
Cinta adalah sesuatu untuk diberi, 
untuk dirasai. 
Cinta itu terlalu subjektif untuk 
diperkatakan dan setiap 
insan mempunyai persepsi yang 
berlainan dan kemungkinan sama 
mengenainya. Berhati-hati dengan cinta .


Sweet, hang Li Po
04 April  2011, 5.32
Cinta kadang kala amat perit...

Usia My Life

Daisypath Friendship tickers

Saat Cinta Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Aiman Hakim

Daisypath Happy Birthday tickers

Afrina Zara Batrisyia

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers