Li po harap sgt ramadhan kali ini lebih bermakna dari ramadhan yang lalu...
Li po berharap jugak dengan menjelang ramdham ini hatinya terbuka semula untuk menerima Li po semula... moga terbuka pintu hatinya lagi...
Li po dah penat menahan perasaan..
Panduan mengurus harta anak yatim dijelaskan dalam ayat berikut:
“Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih dari batas berpatutan dan janganlah kamu tergesa-gesa membelanjakannya sebelum mereka dewasa. Barangsiapa (di antara penjaga) itu mampu, maka hendaklah dia menahan diri (dari makan memakan harta anak yatim itu dan barangsiapa (penjaga) yg miskin, bolehlah dia memakan harta itu menurut kadar yg patut…) AQT 4 (an-Nisaa’ : 06
Tafsir Ibn Jauzi (w. 597H, Baghdad) menjelaskan dalam tafsirnya, maksud makan harta anak yatim dengan berpatutan itu:
1. menggunakannya dengan cara pinjaman (loan)
2. membelanjakan menurut kadar keperluan dan tidak berlebihan
3. menggunakan harta itu setimpal dengan nilai kerja yang dilakukan demi kepentingan anak yatim itu
4. pengurus mengambil dalam keadaan terdesak, apabila ia kelapangan ia memulangkan semula, tapi kalau tidak mampu, maka ia halal.

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari
pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun".
(Hadis rriwayat Muslim)
Berdasarkan hadis di atas tidak dinafikan bahawa ganjaran yang diberikan
kepada orang yang berpuasa sunat enam hari pada bulan Syawal itu adalah
besar. Memandangkan kelebihan berpuasa sunat itu besar orang tersilap
anggap sehingga meninggalkan puasa qadha, sedangkan menurut hukum
syarak, puasa-puasa sunat tersebut hanya boleh dilakukan oleh orang yang
telah mengerjakan puasa Ramadhan sebulan penuh dan disunatkan juga
dikerjakan oleh orang yang tidak berpuasa Ramadhan sebulan penuh
disebabkan keuzuran yang diharuskan oleh syara' seperti perempuan haid
dan nifas, musafir yang diharuskan atau orang sakit. Manakala bagi orang
yang meninggalkan puasa Ramadhan dengan sengaja adalah haram baginya
melakukan apa jua puasa sunat kecuali setelah selesai mengqadha puasanya
yang luput itu, kerana puasa Ramadhan yang ditinggalkan adalah wajib
diqadha sebanyak hari yang ditinggalkan itu sebagaimana yang
diperintahkan oleh Allah Subahanhu wa Ta'ala dalam firmanNya yang
tafsirnya :
"Maka wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada
hari-hari yang lain".
(Surah Al-Baqarah: 148)
Berdasarkan ayat ini kewajipan mengqadha puasa itu tidak kira sama ada
puasa itu ditinggalkan dengan sengaja atau kerana keuzuran kecuali
orang-orang yang benar-benar tidak berdaya mengerjakannya seperti orang
sakit yang tidak ada harapan sembuh. Mereka tidak wajib mengqadha puasa
yang ditinggalkan itu tetapi wajib membayar fidyah (memberi makan orang
miskin) sebagai ganti puasa tersebut.
Dalam mengerjakan qadha puasa, para ulama berpendapat bahawa orang-orang
yang meninggalkan puasa tanpa uzur adalah wajib menyegerakan qadha puasa
tersebut. Dan mereka tidak diharuskan bahkan haram melakukan puasa-puasa
sunat sebelum mengqadhanya. (Fath Al-'Allam: 4/161)
Menurut ulama Syafi'eyah tidak harus bahkan haram orang-orang sedemikian
mengerjakan puasa-puasa sunat kecuali setelah selesai mengqadha puasa
yang tertinggal itu. Sehubungan dengan ini, sayugia diingatkan, bahawa
orang-orang yang meninggalkan puasa Ramadhan hendaklah menyegerakan
qadha puasa tersebut sebelum datang Ramadhan yang baru.
Walau bagaimanapun sebagai agama yang penuh hikmat, Islam juga
menyediakan jalan atau cara yang baik bagi mendapatkan pahala sunat
sekalipun mempunyai qadha puasa, umpamanya bagi orang yang hendak
melakukan qadha puasa Ramadhan (meninggalkannya kerana keuzuran yang
diharuskan oleh syarak) ia boleh dilakukan sekaligus dengan puasa-puasa
sunat. Caranya ialah orang tersebut hendaklah berniat bagi kedua-duanya
iaitu puasa qadha dan puasa sunat tersebut dengan tujuan bagi
mendapatkan ganjaran kedua-duanya sekali (iaitu ganjaran puasa qadha dan
ganjaran puasa sunat). Hal ini sama seperti orang yang berniat puasa
wajib sama ada puasa qadha atau puasa nazar atau puasa kafarah, pada
hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti hari 'Asyura, hari Arafah dan
puasa-puasa sunat yang lain seumpamanya.

