hai semua...;-)
kali nie li po nk kongsikan ngn korag semua kata-kata tentang cinta yg li po cari dari pelbagai cara dan orang perseorangan...moga-moga dengan madah ini semua akn mnjadi panduan kepada anda semua dalam melayari bahtera cinta...;-)
..mengapa cinta menjadi tragedi...
kali nie li po nk kongsikan ngn korag semua kata-kata tentang cinta yg li po cari dari pelbagai cara dan orang perseorangan...moga-moga dengan madah ini semua akn mnjadi panduan kepada anda semua dalam melayari bahtera cinta...;-)
..mengapa cinta menjadi tragedi...
Bak musafir, datangnya tak dijemput,perginya tak dihantar,wujudnya tanpa sedar, hilang tak direlakan, itulah cinta pada kita...
( From Mr. F , 00:12 am , 09/02/2010)
Cinta adalah suatu janji atau hutang bagi orang yang telah menjanjikan keindahan cinta kepada kekasih yang dicintai jadi janganlah kau berjanji atas nama cinta jika belum tentu kau akan melunasinya kerana itu suatu hutang cinta untukmu.
Cinta itu adalah kata hati, jika ianya ada peranan dalam hidup ini.
Cinta itu selalu indah untuk dilihat, di rasa dan dilaksanakan.
Untuk itu jagalah cinta agar tetap ada dan harum selalu.
Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar ia lari, bila ditunggu ia menanti..
Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin, walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai..
Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita
tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya.
Andai kita menyinta, jangan dipuja cinta itu seperti bunga
Kerana bunga akan layu bila akhir musimnya
Biarlah cinta itu seperti sungai yang mengalir
kerana ianya akan mengalir buat selamanya.
Cinta seringkali akan lari bila kita mencari
tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.
tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.
Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini
pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan datang.
Dalam kitaran cinta, ada yang berjaya hingga ke jenjang pelamin
Tidak kurang juga ada yang gagal, Dalam hal ini kita perlu menilai semula diri sendiri
Cinta tidak akan datang sekiranya kita gagal mencintai Allah s.w.t.
cinta itu takkan datang kalau tak dicari, dan takkan dapat kalau tak memberi
seandainya kita diberi peluang untuk menyintai seseorang
lakukanlah dengan sesungguhnya dan sepenuh hati.
hargai bila berdua
sayangi bila bersama
maafkan bila terluka
rindui bila berjauhan
fahami bila keliru
nasihati bila terleka
ingati bila sunyi.. ini lah perasaan.
cinta tidak mungkin menemukan kebahagiaan jika hanya seorang saja kekasih yang setia dan seorang lagi curang
Andainya dikau jodohku yang tertulis di loh mahfuz
Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih sayang dalam hatiku, jua hatimu.
Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepada mu.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.
Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapan mu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembus kan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.
Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai mu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.
Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok.
Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.
Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.
Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.
Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta.
CINTA bukan mengajar kita lemah.. tetapi membangkitkan kekuatan..
CINTA bukan mengajar kita menghina diri.. tetapi menghembuskan kegagahan...
CINTA bukan melemahkan semangat... tetapi membakar & menguatkan semangat...
dari seraut wajah mencerminkan sebuah kesetiaan...
dari seukir senyuman mencerminkan kejujuran...
dari sekeping hati mencerminkan keihklasan...
dan dari sebuah angan-angan...tercapai sebuah impian...
Kebekuan airmata kerana kerasnya hati... kerasnya hati kerana banyaknya dosa... banyaknya dosa kerana lupakan mati... lupakan mati kerana banyaknya angan-angan... banyaknya angan-angan kerana terlalu cintakan dunia cintakan dunia itu sumber segala dosa!!
pastikanlah dulu sesuatu yang engkau ragui... pastikanlah ia dari iman dalam hati dan bukan dari nafsu yang terburu2... dan bukan juga dari suatu matlamat yang tiada hala tuju jadikan pengalaman lalu suatu pengajaran...
janganlah sekali-kali mempermainkan perasaan insan... kerana hati yang terluka terlalu sukar untuk disembuhkan.
CINTA bukan mengajar kita menghina diri.. tetapi menghembuskan kegagahan...
CINTA bukan melemahkan semangat... tetapi membakar & menguatkan semangat...
dari seraut wajah mencerminkan sebuah kesetiaan...
dari seukir senyuman mencerminkan kejujuran...
dari sekeping hati mencerminkan keihklasan...
dan dari sebuah angan-angan...tercapai sebuah impian...
Kebekuan airmata kerana kerasnya hati... kerasnya hati kerana banyaknya dosa... banyaknya dosa kerana lupakan mati... lupakan mati kerana banyaknya angan-angan... banyaknya angan-angan kerana terlalu cintakan dunia cintakan dunia itu sumber segala dosa!!
pastikanlah dulu sesuatu yang engkau ragui... pastikanlah ia dari iman dalam hati dan bukan dari nafsu yang terburu2... dan bukan juga dari suatu matlamat yang tiada hala tuju jadikan pengalaman lalu suatu pengajaran...
janganlah sekali-kali mempermainkan perasaan insan... kerana hati yang terluka terlalu sukar untuk disembuhkan.
Renungi apa yang tersurat. Fahamilah apa yang tersirat....
Jika insan diasuh dengan keangkuhan, dia belajar erti takbur.
Jika insan diasuh dengan kelemahan, dia belajar erti hina dirinya sendiri.
Jika insan diasuh dengan erti permusuhan, dia belajar erti membenci.
Jika insan diasuh dengan sikap pentingkan diri sendiri, dia belajar erti mengkhianati......
namun....
Jika insan diasuh dengan insani, dia belajar erti hargai.
Jika insan diasuh dengan belas budi, dia belajar erti mengasihani.
Jika insan diasuh dengan kepayahan, dia belajar erti mensyukuri.
Jika insan diasuh dengan bertimbang rasa, dia belajar erti bersabar....
'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'
Tak guna Ada MATA kalau tak dapat
MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau
MENILAI.......
MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau
MENILAI.......
"Kesusahan dan kesukaran tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit & menyakitkan itu bukan semuanya racun.
Tetapi ada kalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"
MARAH adalah kunci segala keburukan
MARAH menjadi keburukan yang sangat parah, apabila dilepaskan kepada orang lain
Meski pun MARAH jangan berbuat dosa
Orang yang MARAH membuka mulutnya tetapi menutup matanya
Orang yang MARAH selalu menyimpan racun dalam hatinya
KEMARAHAN itu bagai api yang meniup pada lampu dalam fikiran
KEMARAHAN yang tidak dikekang, sering lebih menyakitkan bagi kita daripada perbuatan yang menimbulkan kemarahan itu
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..... ..
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...
===DUSTA DALAM BERCINTA===
Barang siapa mengaku EMPAT perkara tanpa disertai dengan EMPAT perkara yang lain, maka dia adalah PENDUSTA,,,Barangsiapa mengaku CINTA SYURGA tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia PENDUSTA,,,Barangsiapa mengaku CINTAKAN MUHAMMAD tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah PENDUSTA,,,Barangsiapa mengaku TAKUTKAN NERAKA tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah PENDUSTA,,,Barangsiapa yang mengaku CINTA ALLAH tetapi keluh-kesah dengan ujian-Nya, maka dia adalah PENDUSTA
sweet, hang li po
1.32 am 10/03/2010
kala malam melabuhkan tirai...
2 comments:
to MR. F sori ya saya ambik ayat awk tanpa permission...hehehe
sy share yer...kata2 di blog adk nie...tq
Post a Comment