moga anda semua mendapat keberkatan daripadaNya...
amin..
hari ni Li po rasa bahagia bla adik
Li po yang kt Poly KB blik...
hilang lah rindu ckit...hehehe
tp kesian kt dia... demam...huhu
apa pun moga cepat sembuh ek adikku cyg....
@@@
sekarang Li po nk cita hal karya Li po yang
berhabuk dlam PC Li po dr zaman dulu kala lg...
so hari ni Li po publishkan tuk blogger smua
setelah di edit smula oleh Li po...
so selamat membaca... hehehe
@@@
yang pertama dari Hang Li Po :
Kehidupan ini penuh dengan dugaan dan halangan dari maha esa….
Kehidupan memerlukan sebuah kebahagian..
Namun,, mampukah kebahagian itu dikecapi dengan semanis-manisnya…
kebahagian kadang-kala datang dan perginya seperti
ombak yang menghempas pantai….
Datang dan perginya meninggalkan perubahan…..
inilah yang dikatakan lumrah alam…..
Manusia mampu merancang apa saja, tetapi yang
menentukannya adalah pencipta yang maha Esa….
begitu banyak dugaan dan rintangan yang harus
dihadapi dalam merencanakan sebuah percintaan yang paling bahagia….
Namun apalah daya kita sebagai hamba didunia ini,
hanya mampu merancang dan mencipta angan-angan…..
Belum tentu lagi percintaan yang bahagia itu mampu
kita pertahankan sehingga kejinjang perlamin
seterusnya keakhir hayat yang ada….n
namun semua itu tak mustahil terjadi didunia ini…..
18 October 2006
@@@
yang Ke 2 dari Hang Li po
Bagi mereka yang berkasih hayatilah kata - kata ini :
Cinta kepada bunga , bunga akan layu .
Cinta kepada makhluk , makhluk akan mati .
Cinta kepada ALLAH akan kekal selamanya.
Kita boleh bercinta sesama makhluk iaitu manusia .
Tetapi perlulah ada batas batasnya .
Kita jangan terlalu ghairah mengejar cinta ,
kelak kita sendiri akan binasa .
Tidak kira walau apa pun yang kita lakukan ,
mestilah berlandaskan hukum hukum Allah s.w.t .
Kita jangan terlalu leka dengan kehendak dan tuntutan dunia ,
kerana ia akan merugikan diri kita .
Kemana jua kita pergi ,
dimana jua kita berada , setiap saat , setiap waktu ,
ingatlah ALLAH sentiasa .
INGAT .
Jangan sesekali kita melupai Allah Taala ,
kerana buruk padahnya .
Diingatkan sekali lagi ,
bukan penyakit yang datang mencari kita .
Tetapi kita yang mencari penyakit .
Ia diibaratkan seperti menempah maut ,
membujur lalu . Jangan kita jadi seperti pepatah orang melayu
" RUMAH KATA PERGI , KUBUR KATA MARI , MASIH TAK SEDAR DIRI ".
By hang Li po... 2006
@@@
Yang ke 3 dr Hang Li po
Kebahagiaan akan datang tanpa diundang
Datangnya dengan seribu pengharapan
Perginya dengan seribu kepayahan
Tidak perlu dijadikan perpisahan itu satu kekesalan
Kerana terjadinya perpisahan itu
Tidak pernah diimpikan
Oleh seorang wanita yang bergelar kekasih
Oleh seorang wanita yang bergelar isteri
Oleh seorang wanita yang bergelar ibu
Tidak ada perempuan yang tidak
Mahukan kebahagiaan
Tidak ada kekasih yang mahu ditinggalkan
Tidak ada isteri yang mahu diceraikan
Tidak ada ibu dan anak yang rela berjauhan
Namun siapa yang dapat melawan takdir
Andainya takdir dapat disingkir
Andainya qadak dan qadar dapat dicicir
Pastinya perpisahan dan derita ini
Tidak akan menjadi milikku
By, Hang Li po 2006
@@@
Yang Ke 4 Dri Hang Li po
Sebuah penantian
Penantian itu sememangnya sungguh menyeksakan.
Namun bila insan yang dinantikan muncul saja didepan mata,
hati sudah pasti akan disapa bahagia.
Jiwa mula tersenyum ceria. T
erpamer di wajah juga adalah sinar keriangan.
Namun ia masih bernama sebuah impian yang berbungkus harapan…………..
Biar saja rindu tersimpan di hati,
luka mencalari emosi namun dendam tidak dibiarkan berbekas dinaluri.
Cukuplah sekadar menjauhkan diri dan sengaja
menghindari agar pertemuan tidak mengindahkan
mimpi kerana keindahan itu bisa merabakkan harapan
mencarikkan keresahan dihati milik diri sendiri.
Berkaca di mata adalah mutiara jernih yang mula berderaian…………
Harapan yang tidak pernah kesampaian ketika
diri di gamit kekecewaan.
Luka masih belum terubat dan pedihnya masih tetap dirasakan.
Untuk apalah melamakan penantian,
mengharap pada yang tidak sudi, t
api persoalan hati memang sukar untuk diberi jawapan…………………
by Hang Li po
jam 16.55 18 mei 06
@@@
yang ke 5 Dari Hang Li Po
ORANG YANG BANYAK BERKATA, AKAN BANYAK SILAP
DAN ORANG YANG BANYAK SILAP AKAN BANYAK DOSA DAN
ORANG YANG BANYAK DOSA IALAH NERAKA LEBIH LAYAK BAGINYA.
(MAKSUD HADITH)
KAHWINILAH ANDA WANITA YANG PENYAYANG DAN PERAMAH
DAN SALING MEMBERI HADIAHLAH AGAR KASIH SAYANG
KAMU BERTAMBAH.
(MAKSUD HADITH)
TIDAK SEDIKIT NEGERI YANG KAMI BINASAKAN
KERANA IA ZALIM, MAKA RUNTUHLAH IA DAN DEMIKIAN
PULA KAMI BINASAKAN TELAGA YANG DITINGGALKAN
SERTA MAHLIGAI YANG TINGGI
(SURAH AL HAJJ - AYAT 45)
DAN CARILAH APA YANG TELAH DIANUGERAHKAN ALLAH
KEPADAMU KEBAHAGIAAN DI AKHIRAT DAN JANGANLAH
KAMU LUPAKAN NASIB KAMU DI DUNIA. DAN
BERBUAT BAIKLAH KEPADA ORANG LAIN - SEBAGAIMANA
ALLAH TELAH BERBUAT BAIK KEPADA KAMU.
DAN
JANGANLAH KAMU BERBUAT KEROSAKAN DI BUMI
KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI
ORANG-ORANG YANG MELAKUKAN KEROSAKAN.
BACALAH APA YANG TELAH DIWAHYUKAN KEPADAMU,
IAITU AL KITAB (AL QURAN) DAN DIRIKANLAH
SEMBAHYANG. SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG ITU
MENCEGAH DARI PERBUATAN-PERBUATAN YANG
KEJI DAN MUNGKAR. DAN SESUNGGUHNYA MENGINGATI
ALLAH ( SEMBAHYANG) ADALAH LEBIH BESAR
(KEUTAMAANNYA DARI IBADAT-IBADAT YANG LAIN)
DAN ALLAH MENGETAHUI APA YANG KAMU KERJAKAN.
( SURAH AL` AN KABUUT - AYAT 45)
By Hang L i po.. 2006
@@@@@
END
Sweet, hang li po, 01 oct 2010, 5.47pm
No comments:
Post a Comment