Search This Blog

Powered By Blogger

datang melawat

Rakan Blogger

About Me

My photo
kangar, perlis, Malaysia
Assalamualaikum... terima kasih pada yang sudi datang menjenguk blog saya... Nama sebenar Nor Asmah Binti Hussin... Nama Blogger saya Hang Li Po... Kenapa Hang Li Po??? hehe sebab saya Sepet... tapi sepenuhnya melayu ok.... Anak kepada En Hussin Dan Puan Maznah... Isteri kepada En NorHafifi Bin Abdul Muthalib... Ummi Kepada Muhammad Aiman Hakim dan Afrina Zara Batrisyia.... Kakak Kepada Amirah dan Afiqah Najihah.... penulisan adalah minat saya... sebarang pertanyaan bolehlah email kepada saya norasmah2787@gmail.com.... sekian terima kasih

Friday, October 1, 2010

Inikah cinta

ku titipkan khas buatmu...


Cinta itu suatu perasaan yang sukar di gambarkan melalui kata-kata. Cinta hanya dapat di nikmati secara mengalaminya sendiri. Cinta tidak dapat di pelajari tetapi dialami. Uniknya cinta kerana jelmaan kasih dan sayang yang teragung. Manusia membina sahsiah di muka bumi bermodalkan kasih sayang dan cinta. Cinta menjadi jambatan penghubung kepada dua hati yang asalnya terpisah dan saling tidak mengerti.


Cinta adalah motivasi terbaik manusia. Manusia telah ditebarkan dimuka bumi dengan dibekalkan rasa cinta. Cinta itu telah menemukan kembali nabi Adam a.s dan Siti Hawa. Melalui cintalah manusia membina sahsiah dan menjadikan alam ini tempat yang terbaik untuk didiami. Jika cinta tiada lagi di hati anda, tandanya salah satu nikmat Allah telah tercabut daripada anda. Sedangkan cinta salah satu nikmat teragung ALLAH terhadap hamba-hamba-Nya. Jika anda sudah tidak dapat menghargai cinta , tandanya nilai kemanusiaan anda sudah mula terhakis. Ketiadaan cinta dihati anda bakal merubah seluruh kehidupan anda.


Orang yang tiada perasaan cinta adalah orang yang telah kehilangan motivasi dalamannya. Cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih-sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan-insan berlawanan. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan.


Suburkanlah rasa cinta sebagaimana cinta itu bermula. Saat bermulanya cinta adalah rasa teragung yang dirasai oleh setiap manusia. Ini adalah rasa yang tiada perkataan dapat menceritakannya. Tatkala itu cinta benar-benar menjadi motivasi yang terhebat. Andainya lautan api direntang tengah-tengah, masih sanggup direnangi untuk mengambarkan bertapa cinta itu bergitu memotivasi dan perlu bukti.


Tiada lagi rasa teragung kecuali cinta. Cinta melambangkan kegembiraan, keseronokkan, kepuasan, kenikmatan dan semua rasa yang muluk-muluk dan sukar digambarkan dengan perkataan. Manusia yang beruntung adalah manusia yang meniti di atas cinta, memperoleh cinta untuk menyedari kedudukannya sebagai insan kerdil dibawah kebesaran ILAHI.


Cinta yang murni adalah pemangkin kepada kehidupan yang penuh bahagia. Sebagaimana bermula, cinta seharusnya berkekalan sedemikian rupa sehinggalah kepenghujungnya. Cinta tidak harus dinodai oleh perlakuan-perlakuan yang kejam,tidak bermoral dan juga tidak mencarikkan kesuciaan cinta itu sendiri. Andainya cinta boleh dikekalkan sebagaimana bermula, bahagia adalah jawapan untuknya.


Kejayaan sesebuah perhubungan memang banyak bergantung kepada suci dan murninya cinta yang dipermodalkan. Selama mana cinta dapat dipertahankan pada kedudukannya.selama itulah bahagia menjadi penghias yang terindah. Apabila cinta sudah tidak dihargai, kehidupan akan berpaling kepada ke tahap terendah. Jawapannya derita tanpa penyudah.


Tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran, cinta sudah ada dalam setiap insan. Cinta sudah dibekalkan sebagai modal termahal untuk dirasai dan diberikan kepada insan yang berhak. Meniti diatasnya bererti meniti diatas bahagia.


Tiada satu rasa pun yang boleh memotivasikan manusia selain rasa cinta dan bahagia. Dengan cintalah gunung kelihatan rendah untuk didaki. Dengan bahagialah lembah kelihatan cetek untuk dituruni. Dengan cinta dan bahagialah matlamat kehidupan insan menjadi sempurna. Tanpa kedua-duanya, semuanya kelihatan tercabut dari sasaran.


Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. Tidak perlu berkorbankan kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa, beriman malah berperibadi mulia.


Cita murni sentiasa mampu memandu manusia melepasi semua halangan demi kecermelangan.cinta telah membuatkan manusia bangkit membina kehidupan yang terbaik. Alangkah bodohnya orang yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan…………..


“Jika cinta dijelmakan dalam diri begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang, ibarat menghadiahkan sebukit emas untuknya. Jika dijelmakan dalam perkahwinan, jawapannya adalah kerukunan dan persefahaman yang berpanjangan. Bergitulah seharusnya cinta………”


By Hang Li po, 2006


update by Hang Li po, 01 oct 2010 4.49 pm

petang yang dingin

Share

No comments:

Usia My Life

Daisypath Friendship tickers

Saat Cinta Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Aiman Hakim

Daisypath Happy Birthday tickers

Afrina Zara Batrisyia

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers