Search This Blog

datang melawat

Rakan Blogger

About Me

My photo
kangar, perlis, Malaysia
Assalamualaikum... terima kasih pada yang sudi datang menjenguk blog saya... Nama sebenar Nor Asmah Binti Hussin... Nama Blogger saya Hang Li Po... Kenapa Hang Li Po??? hehe sebab saya Sepet... tapi sepenuhnya melayu ok.... Anak kepada En Hussin Dan Puan Maznah... Isteri kepada En NorHafifi Bin Abdul Muthalib... Ummi Kepada Muhammad Aiman Hakim dan Afrina Zara Batrisyia.... Kakak Kepada Amirah dan Afiqah Najihah.... penulisan adalah minat saya... sebarang pertanyaan bolehlah email kepada saya norasmah2787@gmail.com.... sekian terima kasih

Monday, February 28, 2011

Warkah Buat Arwah kakak....


Assalamualaikum W.b.t buat kakak yg di rindui...
 Moga Arwah tenang disana..

*** Buat Arwah Kakak yang dirindui..
  • kini akim dah masuk tahun satu... 
  • dah pandai membaca...
  • dah pandai mengaji Al-quran...
  • dah petah berbicara...
  • dah pandai berdikari di sekolah...
  • dah pandai berkawan disekolah...
  • dah pandai buat keja sekolah sendiri...
  • dah pandai bahagi masa untuk siapkan keja sekolah...
  • dah pandai guna laptop dan internet dengan sendiri...
*** Buat Arwah kakak yang disayangi selalu...
  • kini adik kak nie telah mula mengorak langkah mengukir kejayaan...
  • adik mirah kini sem 2 di politeknik kota bahru...
  • walaupun dia antara adik kita yang paling istimewa, namun dialah yang paling jauh belajar...
  • moga Allah sentiasa memberkati dia dan memberi kejayaan pada dia...
  • adik naji kini sudah tahun 6..
  • dia antara 20 orang pelajar sasaran 5A UPSR 2011...
  • kita sama2 doa moga adik mampun untuk dapat 5A UPSR 2011...
  • adik kak tny yang sorang ni pula masih berkerja dan belajar..
  • demi adik2 yang lain dik mah terpaksa belajar sambil kerja untuk ringankan beban mak ayah disamping kak liza yang sentiasa membantu...
  • apa pun semuanya ikhlas untuk kebahagiaan keluarga kita dan xsanggup tgok mak ayah susah berkerja untuk sara keluarga kita lagi... semua ini demi adik2 dan akim dapat berlajar dengan sempurna...
  • kalau ikut hati memang rasa penat sangat bila dalam satu masa buat 2 kerja yang kedua2nya perlukan komitemnt yang amat tinggi... 
*** Buat Arwah kakak yang sentiasa mucul dalam mimpi kami...
  • kini kesihatan mak ayah kita bukan macam dulu lagi...
  • kadang2 sihat kadang tak sihat...
  • kami sangat risau bila mak ayah tak sihat...
  • demi kesihatan mak ayah kami sanggup keluarkan wang ringgit untuk tenggok mak ayah sihat..
  • kini kelaurga kini nampak bahagia disebalik kisah duka yang pernah kita sama2 lalui dulu...
  • kini kelaurga kita nampak lebih senang disebalik kisah kesengsraan kita dulu...
  • kini kelaurga kita mampu tersenyum bahagia seperti keluarga lain disebalik kisah hitam kita dulu...
  • apa pun itu kisah yang mengajar adik dan adik2 yang lain lebih matang dalam menhadapi ujian hidup...
  • aujian dulu mematangkan adik mirah dirantau orang...
  • ujian dulu mengajar adik naji lebih berdikari...
  • ujian dulu mengajar kita sekeluarag lebih berhati2 dengan sikap manusia...
*** buat Arwah kakak yang sentiasa diingatan...
  • apapun kebahagiaan hari ni ada kecacatan tanpa arwah kakak yang kami sayangi...
  • belaian,kasih sayang, gurau senda, tawa dan segalanya yang pernah kita kongsi dulu bagaikan layar yang sentiasa terpamir diruang mata...
  • tawa kami ada isan yang sangat kami rindui...
  • tawa kami sentiasa kakak...
  • tawa kami sentiasa ada AMANAH yang kakak tinggalkan...
*** buat Arwah kakak yang sentiasa menanti kami untuk kita bersama disana suatu hari nanti...
  • cukuplah untuk tatapan kakak kali ini... ini saja yang mampu dicoretkan buat kakak...sangat perit tak kala menaip warkah ini... kakak... kami sekeluarga berjanji akan menjaga dan mendidik AMANAH yang ditinggalkan... tolong ingatkanlah kami dalam setiap mimpi kami andai kami terleka dengan AMANAH yang ditinggal untuk kami...

sekian dulu...
salam sayang rindu dari kami buat Arwah kakak yang sentiasa kami rindui....

pict kenangan Arwah untuk tatapan anda semua:




sekian dulu entry Li po untuk kali ni...
assalamualaikum....



Sweet, hang Li Po
9.20  pm 28 feb 2011
Arwah Dalam Kenangan

Saturday, February 26, 2011

Tiada kata secantik bahasa....



Assalamualikum W.b.T... selamat petang semua...
sekarang ni Li po kat Library kangar... 
ada pesta buku kat sini...
Li po bila ada pesta buku mesti jadi gila bila tgok buku yang murah2...
duit mcm air ja bila tgk buku....
apa pun Lipo puas hati dapat habiskan duit untuk bnda yg manfaat...
benda yang manfaat ka kalau beli novel???
pendapat anda mcm mn??? hehehe
apa pun Li po bahagia dengan Dunia Li po....
sehinggakan bnyk buku yg dibeli xsmpat dibaca pun...



Tiada kat secantik bahasa bila rindu yg tramat sgt bila hobi
yg dulu dikongsi bersama arwah kakak kini hnya keseorngan...
jika dulu kami sama2 baca novel bila waktu trluang...
sama2 bercerita tentang waktu dlm novel dan plot cerita...
tapi kini hanya tinggal kenangan...
sesungguhnya Li Po amat rindu arwah kakak...
kadang hati bergitu perit bila rindu yg teramat...

sekian dulu untuk kali ini...
daa...



Sweet, hang Li Po
11.27 pm 26 feb 2011
hobiku


Sunday, February 20, 2011

Kenapa mesti panggilan Ummi....



Assalamualaikum w.b.t
selamat pagi semua...
moga sentiasa berada didalam lindungan Allah hendaknya...
moga hari ini adalah lebih baik dari semalam...
moga hari ini apa yang anda lakukan akan mendapat
keberkatan dari Allah s.w.t
mulakanlah pagi yang indah ini dengan hati yang bersih
tanpa sebarang rasa yang tak sepatutnya..
sucikanlah hati anda seandainya anda ingin
kebahagiaan sepanjang hari ini...
hari ini Li po nak ceritakan tentang Panggilan Ummi

***
Ummi = menampakkan penyayang
ibu = menampakkan ketenangan
mama = menampakkan kemodenan
mummy = menampakkan lagi kemodenan
mak = panggilan yang selalu digunakan

Kenapa mesti panggilan Ummi yang Li po gunakan
untuk akim dan mungkin juga untuk anak Li po nanti...
kerana Bagi Li po panggilan ummi yang bermaksud
Ibuku itu lebih menampakan kelembutan..
lembut dalam segala hal disebalik ketegasan yang ada..
Li po rasa tenang Bila di panggil dengan panggilan ummi.. pada pandangan Li po Ummi itu lebih nampak penyayang berbanding panggilan mak, mama,
ibu, mummy, dan mcm2 lagi..
sesungguhnya penyayang atau tidak seseorang
itu bukan dari panggilan tapi sifat semula jadi itu sendiri...
ini hanyalah pandangan Li po kenapa Li po
mahukan akim panggil Li po dengan panggilan Ummi...
apapun panggilan Ummi, ibu, mak, mama or mummy
fungsinya tetap sama.... apapun kita mesti hormat
ibu kita sebaik mungkin.. ibu tetap yang teratas dihati kita...
hormatlah ibu kita selagi masih disisi kita...
buat mak Li po yang tercinta...
maafkanlah khilafku selama ini.. a
mpunilah segala dosa yang pernah anakmu ini lakukan....


sekian dulu untuk kali ini
wassalam...



Sweet, hang Li Po
12.21 pm 21 feb 2011
ibu tercinta

Tentang diri Hang Li Po...




Assalamualaikum w.b.t
selamat petang semua...
malam ni Li po nk cerita tentang diri Li Po...
mungkin anda hanya kenal Hang Li po pada nama dan cerita2 di blog ni ja kan...
so malam ni selamat berkenalan setelah hampir 2 tahun kita bersama...

@@@

nama sebenar Nor Asmah Hussin
Nama Ayah Hussin Bin Mohamad
Nama Mak Maznah Binti Ahmad
Dilahirkan Oleh Mak saya Pada 2 Julai 1987
jadi Lipo berumur tahun ni 24 tahun la
Anak Gadis Ketiga Dari 5 Orang anak dara Pakcik Hussin yg semuanya Perempuan...
mendapat pendidikan awal di prasekolah S.K TambunTulang
kemudian menyambung pendidikan di sek.keb Tambun Tulang
seterunya menyambung pendidikan menengah di Sek Men Keb syed Ahmad
kemudian menyambung pendidikan ke Politeknik Tuanku syed Sirajuddin
dalam Diploma Pengurusan Perniagaan (pengurusan)
seterusnya Menyambung Pendidikan Ke peringkat Ijazah Di UUM
Insyaallah... jika diizinkaNya,
Ingin menyambung pendidikan kepringkat seterusnya..

***
~~Alam Pekerjaan~~~

pernah Berkerja di sebuah kedai Bunga n sebuah pasaraya
pada Disember 2008 mendapat tawaran berkerja Sebagai Kerani Akaun
Di Sam Kreatif Dinamik sehinggalah sekarang...

***
~~~ All about my family~~~
mempunyai mak ayah umpama kawan
sentiasa bertukar pandangan dalam apa jua hal sekali pun

saya mempunyai 2 orang kakak
namun kini hanya tinggal satu2nya...
kakak yang kedua telah kembali kerahmatullah pada ogos 2005
telah meninggalakan sorang cahaya mata
iaitu Muhammad Aiman Hakim
inilah amanah yang selalu Li po cerita kan
amanah yang paling besar buat Li po diusia sebegini

Mempunyai 2 orang adik perempuan
sorang adik yang agak istimewa
tak seperti insan lain

mempunyai sepasang anak Buah yang sangat2 chomel n nakal
bila bertemu 2 orang mcm 20 orang jadinya
apa pun Li po tetap sayangkan mereka

ini lah family Li po yang mempunyai pelbagai cerita...

***
~~~ study Mood ~~~
Lipo baru ja abes Final Exam

***
~~~ alam Kerja ~~~
sekarang ni rasa mcm makin bosan lak
tiap2 hari kena p keja
tak p keja leh x
nk duk umah pastu dapat gaji
hehehehe

***
~~~ Kisah Kau dan aku~~~

ni plak kisah saya dengan si pulut inti
hehehe
kami mula2 jumpa 1st kat kedai bunga time Li po keja kat situ
waktu tahun 2008
baru ja abes stdy kt poly
lepas setahun baru jumpa blik kat FB
bermula dengan kawan biasa
seterusnya jadi pakwe contract (Mr C )
pastu diserap jd permenant
hehehe
2ja la kisah LI po ngn si itik tu
hehehe


***ni jala kisah hidup Li po yang xberapa menarik
disamping itu juga Li po mempuyai kawan2 n sahabat2 yang sentiasa
bersama dikala susah dan senang
sekian dulu untuk kali ini
sekian
wassalam


** "Apabila satu pintu kebahagian tertutup, pintu yang lain terbuka tetapi sering kita terpaku terlalu lama pada pntu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita. Kita harus bangkit untuk membuka pintu yang masih terbuka itu."




Sweet, hang Li Po
12-08 AM pm 21 feb 2011
DIRIKU

Saturday, February 19, 2011

Si Gadis Bercerita Tentang Cinta

Assalamualaikum w.b.t
di pagi yang mulia ni Li po nk kongsi kan satu cerita
yang menarik perhatian Li po...
kisah ini Li po ambil dari blog http://www.iluvislam.com..
bacalah untuk pedoman anda semua....

@@@

Seorang gadis tinggal di sebuah pekan kecil. Zaman kehidupannya bukanlah di saat Islam sedang memuncak naik menjadi Daulah Islamiyah. Tetapi dia yakin, Daulah Islamiyah itu kelak pasti akan tercapai. Dia gemar membaca sirah tentang tokoh-tokoh sahabiah yang agung nama mereka; dulu, kini dan selamanya.

Zaman kehidupannya penuh dengan jahiliyyah yang menguasai setiap ruang lingkup atmosfera. Alhamdulillah, katanya. Alhamdulillah katanya, kerana Allah SWT masih mahu menyinari hidup dan dirinya dengan sedikit cahaya Islam. Dengan cahaya itu dia menilai baik dan buruk. Sudah tentu, ianya bukanlah mudah.

Rabiatul Adawiyah sumber inspirasinya. Wanita suci yang mengabdikan diri sehari-hari untuk beribadat kepada Allah. Seorang gadis yang sangat menjadikan Rabiatul Adawiyah sebagai idolanya, kadang-kadang dia tersilap langkah juga. Bukan senang mahu menjadi seperti Rabiatul Adawiyah, tambahan pula dengan kehidupan dunia kini. Tak mengapalah wahai Si Gadis, menjadi seorang yang perfect seperti Rabiatul Adawiyah, kamu mungkin tak mampu, paling tidak, kamu berusaha bersungguh-sungguh mencontohi beliau. Seorang yang sangat menjaga maruah diri sehinggakan kehidupan dunia bukanlah yang diingini.

Gadis ini suka akan doa Rabiatul Adawiyah yang ini.

"Ya Allah, sekiranya aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka. Sekiranya aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga. Namun sekiranya aku menyembah-Mu semata-mata demi-Mu, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku."

Dia hanyalah seorang gadis biasa. Suatu hari yang penuh berkat, muncul satu kunjungan untuk keluarga Si Gadis. Kunjungan luar biasa yang pastinya membincangkan isu masa depan Si Gadis dan Sang Teruna. Perbincangan yang pastinya menuju kepada sebuah pelayaran bahtera Baitul Muslim. Itu lah agendanya.

Dia terfikir, bagaimana mahu jadi seperti Rabiatul Adawiyah kalau begini keadaannya? Namun, menolak kepada sebuah perkahwinan bukanlah apa yang Si Gadis merasakan suatu yang betul.

Paling tidak, dia mahu menjadi seperti wanita yang menarik kuda Fatimah (anak Rasulullah SAW) untuk memasuki syurga. Wanita itulah yang pertama memasuki syurga! Sungguh hebat pengabdian wanita tersebut kepada keluarganya terutamanya kepada suami nya. Hebat-hebat kisah sahabiah yang ada! Si Gadis sungguh terinspirasi! Kerana sesungguhnya menjadi tujuan setiap manusia untuk menuju ke syurga-Nya yang abadi.

Kata-kata Zainab Al-Ghazali, "...Hidup ini terlalu singkat untuk menjadi orang biasa...". Perlu jadi yang luar biasa untuk mendapat tempat yang luar biasa di akhirat kelak!

Si Gadis pernah terbaca tentang satu hadis.

"Bila telah datang (untuk melamar) kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan perangainya (akhlaknya), maka nikahkanlah dia, bila kalian tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang bermaharajalela." (Riwayat At Tirmizy, Sa'id bin Mansur, At Thabrani, Al Baihaqi dan dihasankan oleh Al Albani)"

Masakan perlu ditolak kerana kejayaan mendirikan sebuah Daulah Islamiyah juga berasaskan dengan tertubuhnya sebuah Baitul Muslim. Baitul Muslim tidak akan berjaya tanpa adanya 2 individu yang benar-benar ingin menerapkan Islam ke dalam diri mereka, sekaligus berusaha untuk mengembangbiakkan Islam dalam masyarakat. Menolak lamaran daripada insyaAllah, seorang yang soleh bukanlah apa yang Si Gadis mahukan.

Pertemuan 2 buah keluarga sedikit sebanyak telah melegakan Si Gadis. Kerana dia tidak mahu berkawan dengan lelaki yang sebarangan. Berkawan yang tidak tentu hala yang akhirnya tak tahu apa tujuannya.

Namun dia sedar pertemuan ini, kalaulah pun mendapat 'restu' untuk berkawan daripada ibu bapa kedua-dua belah pihak, bukanlah satu tiket untuk mereka berhubung tanpa ada tujuan yang membenarkan.

Perjalanan masih jauh. Pesan seorang pakcik, perlu sangat berhati-hati dan berdoa.

Tiada apa yang Si Gadis sepertinya dapat berharap, hanya agar Allah SWT memudahkan setiap cabang perjalanan hidupnya.

Apa-apa pun, saya suka mendengar Si Gadis bercerita. Katanya, dia bercerita untuk berkongsi agar ada bahagian daripada ceritanya boleh dijadikan teladan.


@@@

sekian.
wassalam..


Sweet, Hang Li po 1.04 am 20 feb 2011
perempuan solehah











my son yg makin pndai bergaya...







asslamualaikum w.b.t
selamat petang semua...
syukur alhamdullillah...
li po baru ja blik dari dinner ngn family Li po...
makanan kat situ sangat2 sedap n harga pun berpatutan...
malam ni nk cita pasal amanah yang Li po pikul...
sapa lagi bukan hal Mohd Aiman Hakim permata hati Ummi...
dia dah pandai bergaya sekarang ni...
dah pandai berkawan...
dah pandai berdikari kat sekolah...
dah pandai buat keja sekolah sendiri ...
dah pandai berfacebook tanpa ada sapa2 yg ajar dia...
dah pandai taip status sendiri...
dah pandai chat kt FB...
dah pandai mengaji Al-Quran...
dan yang xpandainya Berbasikal...
hehehe 2 sebab Ummi xpenah beli basikal kat dia..
tu pasal dia xtau nk naik basikal...
apa pun demi keselamatan dia jugak...
nanti bila dah besar sikit,
Ummi janji ummi akan beli basikal kat akim tau...
tapi akim kena janji la akim kena dapat
No 1 dulu peperiksaan nanti...
ni ja la hal terbaru tentang akim...

kat bawah ni ada pict terbaru dari akim yg chomel...






sekian dulu untuk kali ini...
bye n wassalam...


Sweet, hang Li Po
12.48 am 20 feb 2011
akim Ummi...




Usia My Life

Daisypath Friendship tickers

Saat Cinta Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Aiman Hakim

Daisypath Happy Birthday tickers

Afrina Zara Batrisyia

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers