Search This Blog

Powered By Blogger

datang melawat

Rakan Blogger

About Me

My photo
kangar, perlis, Malaysia
Assalamualaikum... terima kasih pada yang sudi datang menjenguk blog saya... Nama sebenar Nor Asmah Binti Hussin... Nama Blogger saya Hang Li Po... Kenapa Hang Li Po??? hehe sebab saya Sepet... tapi sepenuhnya melayu ok.... Anak kepada En Hussin Dan Puan Maznah... Isteri kepada En NorHafifi Bin Abdul Muthalib... Ummi Kepada Muhammad Aiman Hakim dan Afrina Zara Batrisyia.... Kakak Kepada Amirah dan Afiqah Najihah.... penulisan adalah minat saya... sebarang pertanyaan bolehlah email kepada saya norasmah2787@gmail.com.... sekian terima kasih

Friday, August 7, 2009

selamat berhujung minggu dan selamat membayar hutang puasa...


hehe hari dah hari yang ke 8 di bulan ogos kan??? hmmm terasa cepat benar masa berlalukan...
dan xlupa jugak kita tak lama lg dah nk mula berpuasa... rasa tak sabar nk masuk ramadhan kali ni... diharap ramadhan kali ini memberi 1000 kebaikan dari ramadhan yang lalu kepada diri li po dan anda semua di luar sana...
sibuk kita bercerita pasal ramadhan ni kan, li po nak tnya ada lagi sesape yang belum ganti puasa...haa sesape yang belum ganti puasa cepat2 la ganti yer...
nnt kalau tak terganti next year kena ganti dan kena denda lagi...
so ganti la puasa sebelum terlambat... masih sempat lagi ni untuk ganti puasa..

berikut terdapat beberapa hadis yang dapat li po kongsikan bersama anda semua...


"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari
pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun".

(Hadis rriwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas tidak dinafikan bahawa ganjaran yang diberikan
kepada orang yang berpuasa sunat enam hari pada bulan Syawal itu adalah

besar. Memandangkan kelebihan berpuasa sunat itu besar orang tersilap
anggap sehingga meninggalkan puasa qadha, sedangkan menurut hukum
syarak, puasa-puasa sunat tersebut hanya boleh dilakukan oleh orang yang
telah mengerjakan puasa Ramadhan sebulan penuh dan disunatkan juga
dikerjakan oleh orang yang tidak berpuasa Ramadhan sebulan penuh
disebabkan keuzuran yang diharuskan oleh syara' seperti perempuan haid
dan nifas, musafir yang diharuskan atau orang sakit. Manakala bagi orang
yang meninggalkan puasa Ramadhan dengan sengaja adalah haram baginya
melakukan apa jua puasa sunat kecuali setelah selesai mengqadha puasanya
yang luput itu, kerana puasa Ramadhan yang ditinggalkan adalah wajib
diqadha sebanyak hari yang ditinggalkan itu sebagaimana yang

diperintahkan oleh Allah Subahanhu wa Ta'ala dalam firmanNya yang
tafsirnya :

"Maka wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada
hari-hari yang lain".

(Surah Al-Baqarah: 148)

Berdasarkan ayat ini kewajipan mengqadha puasa itu tidak kira sama ada
puasa itu ditinggalkan dengan sengaja atau kerana keuzuran kecuali
orang-orang yang benar-benar tidak berdaya mengerjakannya seperti orang

sakit yang tidak ada harapan sembuh. Mereka tidak wajib mengqadha puasa
yang ditinggalkan itu tetapi wajib membayar fidyah (memberi makan orang
miskin) sebagai ganti puasa tersebut.

Dalam mengerjakan qadha puasa, para ulama berpendapat bahawa orang-orang
yang meninggalkan puasa tanpa uzur adalah wajib menyegerakan qadha puasa
tersebut. Dan mereka tidak diharuskan bahkan haram melakukan puasa-puasa
sunat sebelum mengqadhanya. (Fath Al-'Allam: 4/161)

Menurut ulama Syafi'eyah tidak harus bahkan haram orang-orang sedemikian
mengerjakan puasa-puasa sunat kecuali setelah selesai mengqadha puasa
yang tertinggal itu. Sehubungan dengan ini, sayugia diingatkan, bahawa
orang-orang yang meninggalkan puasa Ramadhan hendaklah menyegerakan

qadha puasa tersebut sebelum datang Ramadhan yang baru.

Walau bagaimanapun sebagai agama yang penuh hikmat, Islam juga
menyediakan jalan atau cara yang baik bagi mendapatkan pahala sunat
sekalipun mempunyai qadha puasa, umpamanya bagi orang yang hendak
melakukan qadha puasa Ramadhan (meninggalkannya kerana keuzuran yang
diharuskan oleh syarak) ia boleh dilakukan sekaligus dengan puasa-puasa
sunat. Caranya ialah orang tersebut hendaklah berniat bagi kedua-duanya
iaitu puasa qadha dan puasa sunat tersebut dengan tujuan bagi
mendapatkan ganjaran kedua-duanya sekali (iaitu ganjaran puasa qadha dan
ganjaran puasa sunat). Hal ini sama seperti orang yang berniat puasa
wajib sama ada puasa qadha atau puasa nazar atau puasa kafarah, pada
hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti hari 'Asyura, hari Arafah dan
puasa-puasa sunat yang lain seumpamanya.


diharap hadis-hadis yang dan penerangan yang telah diberi oleh li po diatas dapat menrungkai keraguan kepada anda semua... sesungguhya yang baik itu dari AllAH s.w.t dan yang lemah itu dari diri li po sendiri...
sekian dulu untuk kali ini... selamat berhari minggu dan dapat menyelesaikan hutang puasa anda semua dengan segera... assalamualaikum...

sweet,
hang li po...

No comments:

Usia My Life

Daisypath Friendship tickers

Saat Cinta Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Aiman Hakim

Daisypath Happy Birthday tickers

Afrina Zara Batrisyia

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers