Search This Blog

Powered By Blogger

datang melawat

Rakan Blogger

About Me

My photo
kangar, perlis, Malaysia
Assalamualaikum... terima kasih pada yang sudi datang menjenguk blog saya... Nama sebenar Nor Asmah Binti Hussin... Nama Blogger saya Hang Li Po... Kenapa Hang Li Po??? hehe sebab saya Sepet... tapi sepenuhnya melayu ok.... Anak kepada En Hussin Dan Puan Maznah... Isteri kepada En NorHafifi Bin Abdul Muthalib... Ummi Kepada Muhammad Aiman Hakim dan Afrina Zara Batrisyia.... Kakak Kepada Amirah dan Afiqah Najihah.... penulisan adalah minat saya... sebarang pertanyaan bolehlah email kepada saya norasmah2787@gmail.com.... sekian terima kasih

Thursday, December 29, 2011

Tamu Jiwa

Assalamualaikum w.b.t n selamat pagi semua...
moga hari jumaat terakhir untuk tahun 2011 ini 
memberi kerberkatan kepada anda semua...
hitunglah berapa banyak kebaikan yang kamu 
lakukan sepanjang tahun ini,...
moga kebaikan itu menjadi kebahagiaan buat insan sekeliling anda..
N3 kali ini Li po nak cerita soal hati sepanjang tahun 2011..
terima kasih ya Allah atas kurniaan Rasa ini...
sesungguhnya aku masih lagi dapat merasai nikmat tersebut,,..
segala rasa bahagia, cinta, sayang , rindu, benci, sakit hati, sabar n kesusahan 
adalah kurniaan dariMu yang tak ternilai oleh diri Li po...
cuba anda semua bayangkan andai semua rasa tersebut tidak ada lagi bersama anda...
semua rasa yang Li po lalui sepanjang tahun 2011 adalah dariNya...
andai sakit hati, duka, masalah, marah n benci itu 
semua adalah kurniaan rasa dari padaNya... 
semua rasa itu adalah dugaan Dia untuk hambaNya yang dikasihi...
setiap masalah itu adalah ujian untuk kejalan Syurga....
kadang-kadang mungkin kita akan rasa sempit sangat2 
bila dilimpahi dengan masalah, 
tapi ingatlah itu semua adalah tanda kasih sayangNya...
begitulah jua Li po.. tak lepas dari ujianNya...

***
untuk yang semakin disayangi...
apa pun yang berlaku hati ini terus sayang kamu...
mungkin kamu bukan yang pertama tapi 
Li po Berharap kamu yang terakhir...
hidup bukan untuk mencari kesempurnaan 
tapi untuk saling melengkapi...
kerna tiada manusia yang sempurna...
terhenti seketika tak kala ini kerana tiada 
gambaran yang terbaik untuk dilafazkan melalui 
penulisan ini untuk mengambarkan semua rasa dihati ini...
sesungguhnya sayang,cinta n rindu ini hanyalah untuk kamu...
***

hayatilah Lagu ini...

Di dalam matamu masih ada tanda rindu
walaupun lafazmu noktah milik aku
di atas sukmamu debar menggegarkan dunia
walaupun wajahmu tenang tiada gelora

mengapakah harus membenci
jika kita saling menyayangi getar cinta masih membara
tamu jiwa milik kita
telah ku titipkan sejak pertemuan dahulu
dikau amatlah bermakna di dalam hidupku
jangan kau fikirkan aku tidak lagi merindu
sedangkan melimpah ruah sayangku padamu
pada anggunmu
(lirik di http://liriksemualagu.blogspot.com)

mengapakah harus membenci
jika kita saling menyayangi getar cinta masih membara
tamu jiwa milik kita
telah ku titipkan sejak pertemuan dahulu
dikau amatlah bermakna di dalam hidupku
jangan kau fikirkan aku tidak lagi merindu
sedangkan melimpah ruah sayangku padamu

telah ku titipkan sejak pertemuan dahulu
dikau amatlah bermakna di dalam hidupku
jangan kau fikirkan aku tidak lagi merindu
sedangkan melimpah ruah sayangku padamu
pada anggunmu
pada budimu
puteri…



Insan yang kusayang tetapku sayang...

sekian 
terima kasih

Wednesday, December 7, 2011

Ombak Rindu


Assalamualaikum W.B.T
N3 yang ke3 untuk hari ni...
hari tak berapa sibuk boleh r meluah kat sinikan... hehehe
kalau mcm kelmarin mmg xsempat r...
korang dah tengok lum OMBAK RINDU??
Li po dah tengok pada hari ke 2 Tanyangan Ombak Rindu...
Siap tengok midnight g... memang best la...
tapi Li po bagi 4 * dari 5 *...
sebabnya filem ni banyak skip dari kisah sebenar dari dalam Novel...
antara part yang xda dalam Filem ialah:
- izzah kena dera dengan Bapa Tiri dia
- Izzah melanjutkan pelajaran kat Johor
- izzah berkerja kat syarikat lain n ada sorang kawan sekerja suka kat izzah...
- izzah ada kawan yang selalu ambil berat hal dia dari waktu stdy kat johor..
- izzah keguguran waktu jatuh kejar hariz..

itu ja r yang Li po perasan pun part yan gada dalam novel tapi tiada didalam Filem...
mana mungkin nak Filemkan sebuah novel.. kalau sebuah novel difilem kan n xda sedikit pun part yang tinggal mesti makan masa 3 or 4 jam...


***
emosi time tengok Ombak rindu:
Li po menangis bukan sebab sedih cita 2 tapi sedih sebab 
sedikit hidup Li po mcm da dalam Filem tersebut..
hehehe bukan berhayal tapi bila dihayati apa yang difilemkan itu dah Li po lalui...
apa pun sangat2 seronok filem OMBAK RINDU...
sekian 
terima kasih

Program bersama AKAL bukit pinang...


Assalamualaikum W.B.T
selamat petang semua....
kisah kali berkaitan dengan Program Li po Ari sabtu ari 2...
sangat2 seronok..
banyak pengalaman yang Li po dapat...
sebelum 2 Li po nak gatau dulu nama Program tersebut...
Program Bersama Akal bersatu beramal...
Program ni di adakan di rumah membantu orang kelainan Upaya (AKAL) 
program yang berlangsung selam 2 hari ini berlangsung dengan jayanya...
Alhamdullillah...
***
 antara pengalaman yang Li po dapat ialah buat Pertama kalinya
Li po terpaksa menjadi MC (Pengacara Majlis) perasmian untuk 
program tersebut yang melibatkan Kerabat Diraja kedah...
---> Yang Teramat Mulia Dato' Tengku Bishara binti Almarhum Sultan Badlisha 
sebagai pengerusi AKAL hadir mencemar Duli merasmikan program kami...
1 jam sebelum perasmian Li pO dimaklumkan bahawa YTM Dato' Tengku dalam perjalanan
terus Li Po rasa tekanan... mana taknya Teks pengacara Majlis masih lagi belum siap dan
masih ada tambahan acara disaat2 akhir...
macam2 plak pertambahan.. apa pun Li po tetap Rileks n senyum ja....hehehe
Senyum sebab ada adik2 OKU puji Li po Comey.. terus hilang gelabah 2... hehehe
lebih kurang pukul 10 pg majlis pun bermula...
Alhamdullillah Li po dapat mengemudi majlis perasmian dengan Baik dengan IzinNya jua...

***
untuk anda semua tengoklah gambar dibawah ni ya...












Sekian Dulu untuk kali ini
terima kasih

Tuesday, November 22, 2011

hArGaiLah mErEka sELaGi....



Assalamualaikum w.b.t... 

selamat tengahari semua..
 jangan lupa ambil lunch tau...
dr pg tadi Li po wat keja sampai xtngok kiri kanan dah...
so sekarang masa untuk My Life plak...
dh lama terabai...sian2 hehe
topik hari ni mcm kat atas 2 la...
 hArGaiLah mErEka sELaGi..
selagi apa??? 
tiba-tiba rasa diri tak dihargai... oooppsss!!!
hehehe xda kaitan ngn cik Li po tau...
saja nak mengajak anda semua supaya sentiasa menghargai...

ni, cik Li Po nak pesan sikit, hargailah mereka selagi mereka ADA DENGAN KITA.. jangan bila dah hilang baru nak terkilan apa semua.. tak guna menyesal bila dah PERGI..dah HILANG..dah LESAP..

Li Po rasalah :

"kita kata kita SAYANG, tapi kadang-kadang kita TAK KISAH pun"

"kita kata kita KISAH, tapi kadang-kadang TAK AMBIL TAHU pun"

"kita kata kita AMBIL TAHU, tapi kadang-kadang kita TAK FAHAM pun"

"kita kata kita FAHAM, tapi kadang-kadang kita LUPA"

SEBAB

"kita rasa CUKUP tanpa fikir kehendak orang lain"

"kita rasa SELESA tanpa fikir perasaan orang lain"

"kita rasa....kita rasa..kita rasa.."
tu lah.. asyik fikir apa kita rasa ja..

in short, kita ambil mudah.. we take things for granted.
*
maksud take things for granted :to expect someone or something to be always available to serve in some way without thanks or recognition; to value someone or something too lightly or ambik ringan la..*

wah.. ada ke kes macam tu ea? opkos la ada, kalau tak, takda la idiom macam tu timbul dalam kamus kan?

huhuk~

just nak sampaikanlah.. sometimes kita kena ambil sikit waktu untuk try AMBIL KISAH, untuk AMBIL TAHU, FAHAM dan INGAT.. kalau tak banyak pun, just to show that we CARE.. jangan sampai dah PERGI..dah HILANG.. baru kita nak reflect diri.. mungkin akan terlewat..

MAK, AYAH, KAKAK, ABANG, ADIK, ISTERI, SUAMI, TUNANG, KAWAN BAIK, CIKGU atau sesiapa sahaja yang kita sayang..

ucaplah pada mereka
"TERIMA KASIH"

ucapkan SAYANG pada mereka..

HARGAILAH mereka selagi mereka ada dengan kita..

sesungguhnya.. 

mereka tak akan selamanya ada dengan kita..

itu je pesan Li Po kali ni..ok :)

renung-renungkan dan selamat beramal..huhu~


Sekian
 Terima kasih

cinta bukan hanya sekadar pada ucapan 'i love u' semata




'i love you'.. 'i love you'.. 'i love you'.. 'i love you'.. 'i love you'.. 'i love you'..!

ehem!


macam tu ke LOVE? macam itu ke CINTA?
pada ucapan 'i love you'?


tak cukup la awak awak awak..


setiap perkataan itu sepatutnya terzahir melalui perbuatan..
betul?


*dush~ #KetukKepalaSendiri


apa la yang Li Po dah buat ni?


selalu je cakap 'i love you'..
selalu sangat cakap 'i sayang you..'
'i miss you..'
'i rindu you..'
'i heart you..'
dll lah~
*banyak benor~





tapi mana buktinya kata-kata ni?


takkan dengan kata-kata je?


tak kekal!


kata nak bercinta sampai syurga.. SYURGA tu..~


kalau cinta terpalit noda.. berpegang tangan.. bersulam pergaulan tak berbatas.. membelai rasa terlarang dengan sms cinta, leka dalam chat cinta dan sebagainya.. lalai terus dari mengingati ALLAH yang menciptakan cinta.. hmm.. macam arah tujunya dah terpesong ke arah nerakanya.. nauzubillah~


tak mahu lah~
MUNGKIN akan terasa bahagia di dunia ni.. tapi dunia ni sementara, tak akan nak tersiksa selamanya di akhirat yang tiada penghujungnya tu?
nauzubillah~ Li Po takmo (a_a)




jadi..


zahirkanlah perkataan 'i love you' itu dengan perbuatan..


yang membawa dirimu dan juga dirinya; diriku dan juga dirimu ke syurganya.. insyaAllah..


bagaimana?
jahuilah dari kelalaian cinta sebelum akad.. kerana itu adalah lubang-lubang ke nerakanya..


nak yang betul-betul cinta?


formulanya mudah sahaja :)


berusahalah untuk MENJADI yang soleh/solehah + MENDOAKAN supaya bertemu dengan yang juga soleh/solehah + BINALAH baitul muslim yang dilimpahi redhaNYA ---> BERSAMALAH menuju syurgaNYA


insyaAllah


:)




Jodoh itu rahsia Allah. Sejauh dan sedalam manapun kita fikir, ia tetap menjadi satu misteri yang tak bisa diungkapkan. Kerana sudah ketetapan Allah yang menciptakan manusia dengan akal fikiran yang amat terbatas.


jadi, kita tak akan pernah mampu menentukan siapa jodoh kita, bercinta tanpa batas sama seperti merosakkan cinta yang bakal dipersembahkan pada suami/isteri kita kelak..


:'(


sedih.. sebab mujahadah yang satu ni terasa amat berat.. kerana hati sering rindu.. jiwa sering berlagu sayu..


tapi,
jika kita mampu menjaga diri, insyaAllah di hujung sana, dia yang telah ditetapkan untuk kita juga sedang dalam mujahadahnya menjaga diri..


:)


insyaAllah.


yosh!


~~~


p/s : awak disana, Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana DIA permudahkan mujahadah kita.. masih berat, tetapi tidaklah seberat mujahadah orang lain.. terus kuat awak!
insyaAllah andai ada jodoh, kita jumpa lagi =)


Sekian
terima kasih

Wednesday, November 9, 2011

No Title


Assalamualaikum W.B.T
Alhamdullillah... hati Li po Kini Semakin lapang...
Terima kasih Ya Allah Atas kurniaanMu...
Li po Bahagia jua walau Seketika..
Li pO Bersyukur atas rahmatMu walau hanya seketika...
moga segalanya kekal ke akhir hayat Li po dan Sampai Syurga....
AMIN.....

***
Selamat HAri Raya Aidil Adha buat semua umat Islam Yang menyambut kebesaran 
diatas keihlasan pengorbanan Ismail....
Bagi yang menunaikan Haji selamat kembali ke tanah air...


***

Buat Nor Asmah Binti Hussin
Moga apa yang kamu kecapi hari lalu kekal selamanya...
Li po Nak Kamu sentiasa bahagia...
Nor Asmah Hussin sepatutnya berhenti berfikir benda2 yg remeh temeh...
Abaikan semua perkara yg tak penting antara hati kamu...
Nor Asmah Hussin kamu perlu terus bangkit dr semau rasa yang tak sepatutnya itu...
teruskan hadapi hari mendatang dengan senyuman yang paling bahagia...
Li po YAKIN Nor Asmah Hussin mampu lakukan...
kamu insan terhebat Nor Asmah Hussin...




sekian terima kasih

Sunday, October 30, 2011

Suara Hatiku Berlagu~


Assalamualaikum w.b.t
Selamat tengah hari semua...
hari ini rasa lemah sangat2... 
Nor Asmah Hussin kamu perlu Kuat dengan ujianNya ini...
Tabhkanlah hatimu... 
Li po Tau kamu sangat2 kuat untuk hadapi Ujian Allah ini...
Bersemangatlah kembali seperti dulu...
ceriakanlah kembali kamu seperti dulu...
Li Po tahu Nor Asmah Hussin seorang yg sangat kuat....
segala ujian itu adalah untuk kejalan bahagia...
percayalah apa yg Li po cakapkan ini adalah untuk diri kamu jgak...
Nor Asmah Hussin disebalik ujian Allah Pasti ada hikmahnya...
Benda yang dah kamu terlepas peluang itu adalah takdir...
Nor Asmah kamu perlu lebih tabah...
Tabahlah hati mu Wahai Nor Asmah Hussin...
Percaya dengan setiap yang Allah takdirkan...

lagu ini khas untuk hati kamu ketika ini
dan buat insan yang buat kamu jadi sebegini rupa...
bangunlah wahai Nor Asmah Hussin...
Li po Syg kamu...

***

Dahulu cinta kita berbunga
Sayang sepenuh nyawa
Di dalam hatiku merindu
Sayang kau tak tahu
Dahulu kita berjanji setia
Tidak akan berpisah
Katamu hanyalah diriku
Buat selamanya
Sehingga kini ku masih sayang
Tapi mengapa kau hilang di mata
Sehingga kini ku masih cinta
Apa pun terjadi tetap setia
Oh kekasih
Dengarkanlah suara cinta dari hatiku
Oh kekasih berpeganglah pada janji
Ya Tuhanku berikanlah petunjukmu pada kekasihku
Moga takdir melindungi cinta kita sepanjang masa
Alangkah bahagia kurasa
Setelah kau insafi
Janganlah engkau mungkiri
Menghiris hatiku


Sekian 
Terima kasih

Tuesday, October 25, 2011

Pagi yang hening...


Assalamualaikum w.b.t
dh lama Li po xberceloteh disini...
mcm-mcm hal dah terjadi... 
hinggalah Li po bawak Diri sampai ke Kuantan Pahang Selama 3 Hari 2 malam...
Di situ Li po berlajar erti kesepian... hahaha
jiWang lak Tetiba...
Apa pun Li po Kesana Atas urusan Kerja...
tp mcm kna lak ngn Mood Li po Time 2...
mmg perlukan Sebuah ketenangan...
 Alhamdullillah Li po dapat...
bangun pagi sambil tnggu Sunrise Fikir punya Fikir...
Lu pikir la Sendiri... hahaha
Apa2 pun Li po tenang sesangat dengan suasana CiptaaNya....
1 keajaiban bila Li po langsung tak snap walau sekeping Pict pun...
Li po kesitu dengan niat utk buang semua kisah -kisah yg lalu...
Li Po nk Kembali dengan Li po Yang baru...hehehe
inilah hasilnya...
hanya insan yang tengok Li po tiap2 hari yang nmpk apa perubahan tersebut...
sekian dulu untuk kali ni...
bye2

Friday, October 21, 2011

Hadith Palsu Tentang Adab Potong Kuku




Soalan:
Soalan dari email:

Benar ke hadis berkaitan memotong kuku seperti attachment di bawah nie ? Kita selalu mendengar hal ini dalam masyarakat kita. Kalau ustaz ada maklumat mengenai hadis ini mohon dapat dikongsi, supaya dapat ana betulkan sahabat yang forward kan e-mail ini.




RAHSIA MEMOTONG KUKU RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan..
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.



Jawapan:

Berdasarkan pencarian saya, ini yang diketemui:


من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ، ودخل فيه الشفاء ، ومن قلم أظفاره يوم الأحد خرجت منه الفاقة ودخل فيه الغنى ، ومن قلم أظفاره يوم الاثنين خرجت منه العلة ودخلت فيه الصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الثلاثاء ، خرج منه البرص ، ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الأربعاء خرج منه الوسواس ، والخوف ودخل فيه الأمن والصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الخميس خرج منه الجذام ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخل فيه الرحمة ، وخرج منه الذنوب


Maksudnya: "Sesiapa yang memotong kukunya pada hari sabtu, keluar darinya penyakit dan masuk ke dalamnya penyembuhan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari ahad, keluar daripadanya kefakiran dan masuk ke dalamnya kekayaan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari isnin, keluar daripadanya penyakit dan masuk kepadanya kesihatan, sesiapa yang mengerat kuku pada hari selasa, keluar daripadanya al-Baros dan masuk ke dalamnya al-'Afiah, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari rabu, keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari khamis, keluar daripadanya al-Jadam dan masuk kepadanya al-'Afiah dan siapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat, masuk kepadanya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa."

Darjat Hadith

1. PALSU (al-Maudhuaat, Ibn Jauzi, 3/226)
2. PALSU, di dalam sanadnya ada para pemalsu hadith dan rawi-rawi yang majhul (al-Fawa-id al-Majmu'ah, oleh al-Syaukani. m.s. 197)
3. Di dalam sanadnya ada Nuh bin Abi Maryam yang ditohmah dengan pendustaan (Tartib al-Maudhuaat) - Sila lihat takhrij hadith dari laman dorar.net

al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhuah ada menyebut hadith:


من قلم أظافيره يوم الجمعة قبل الصلاة ، أخرج الله منه كل داء ، وأدخل مكانه الشفاء والرحمة


Maksudnya: "sesiapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat sebelum menunaikan solat, Allah mengeluarkan daripadanya penyakit dan menggantikan tempat penyakit itu dengan ppenyembuhan dan rahmat." Hadith ini menurut penilaian al-Albani adalah hadith yang terlalu lemah (ضعيف جدا)- Sila lihat Silsilah al-Dhoiefah, m.s. 36, bil. hadith: 2021, cetakan pertama Maktabah al-Maarif al-Riyadh.

al-Hafidz al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah m.s. 422 menyebut:

لم يثبت في كيفيته ولا في تعيين يوم له عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء

Maksudnya: "Tidak thabit tentang kaifiatnya (memotong kuku), tidak thabit juga tentang menentukan hari untuk memotong kuku dari Nabi S.A.W. sesuatu hadith pun."

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

wallahu a'lam.

Wednesday, October 5, 2011

~ Ada Cinta ~


Assalamualaikum w.b.t selamat tgah hari semua...
Ingatlah wahai Hang Li po a.k.a Nor Asmah Hussin,
setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya....

***

Jum layan lagu ini...
mencari cinta begitu mudah,
untuk jatuh cinta dan kekal sayang selamanya agak sukar...
pelbagai rintangan pasti terjadi...
so bersabarlah wahai hati...
sayanglah n cintailah ketika ianya masih disisi...

***

"Tiada terfikir,
Terlintas Engkau akan tiba,
Membawa perangsang.
(Saat itu)
Tiada terfikir, Terlintas,
Engkaukan membuka,
Sempadan perasaan.
(ketika itu)
Bunga kembang bertali hati, Bunga kembang di puncak akli"
Begitu indah cinta, membawa perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akan tetapi diluah melalui boneka jasad serta lirikan mata, lidah kelu diam seketika, jantung berdegup pantas tidak mencemaskan tetapi indah.
Moga kasih sayang, cinta n rindu ini sampai syurga dan mendapat kerdhaan Allah...
~Hang Li po~
12.57pm, 06 okt 2011 
sekian
terima kasih



Usia My Life

Daisypath Friendship tickers

Saat Cinta Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Aiman Hakim

Daisypath Happy Birthday tickers

Afrina Zara Batrisyia

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers